Wednesday, April 7, 2010

Laju lagi

"Angin tayar cukup tak ?" kata abg kepada saya.
"Cukup, jangan risau." jawab saya.
"Kepala kamu tak risau. Saya pun tak pernah pandu selaju ini." kata abg dengan marah.
"Ye ye, saya perlahankan" balas saya dengan selamba.

maklum la. kereta abg.

KOMA

Kelajuan. Memang menyeronokkan.
Kelajuan ini akan menghasilkan kepuasan.
Memecut laju dengan seribu alasan.
Ada yang kata nak cepat pergi kerja.
Ada yang kata urusan penting.
Ada yang suka suka.
Ada juga dalam kecemasan.
Hakikatnya.
Orang muda dan orang tua. Sama sahaja.
Orang muda berlumba lumba dengan kereta sportnya.
Orang tua memecut laju bersama kereta mewahnya.

KOMA

"Papa, sejak bila papa pandu laju ni?" tanya adik kepada papa.
"Shhh diam, jangan ganggu papa memandu." kata mama.

No comments:

Post a Comment