Wednesday, April 7, 2010

Aku Masih Sendiri

Truut truut..
Telifon bimbit ku berbunyi.
Panggilan dari rakan lama.

"Hello bro, Yoyoyo ape cer ?" Tanya ku.
"Ko la ape cer? Aku ok jew." Balas rakan ku.
"Aku ? Aku sendirian di sini." Balas ku dengan suara agak merdu.
"Hahaha. Wei, aku ada awek baru. Gila cun siot." Kata rakan ku.

Baru ku tahu. Itulah cerita yang dia ingin ceritakan kepada ku.

KOMA

Cinta zaman muda.
Bukan semua akan kekal.
Cinta zaman muda.
Bukan semua yang serius.
Cinta zaman muda.
Hanya permainan anak muda.
Cinta zaman muda.
Sukar untuk ketemu cinta sejati.

Oh cinta,
Cinta itu suka membutakan mangsa,
Membutakan segala galanya,
Mata, Hati, dan Jiwa,
Kasihan kepada mangsa kuasa cinta.

Oh dasyatnya kuasa cinta,
Melukakan hati tanpa bicara,
Menahan sebak didada,
Meratapi sedih sepanjang masa.

KOMA

"Erk. Sejak bila budak nie aktif Facebook?" Bisik ku dalam hati.

Telifon rakan ku sebentar.
Troot troot...

"Hello bro. Sejak bila ko aktif Facebook nie?" Kata ku kepada rakan.
"Aku ada problem sikit la bro. Awek aku buat hal. Aku skarang dah single. Sebab tu aku main Facebook." Rakan ku bercerita dengan bersungguh.

Owh patut la...

Laju lagi

"Angin tayar cukup tak ?" kata abg kepada saya.
"Cukup, jangan risau." jawab saya.
"Kepala kamu tak risau. Saya pun tak pernah pandu selaju ini." kata abg dengan marah.
"Ye ye, saya perlahankan" balas saya dengan selamba.

maklum la. kereta abg.

KOMA

Kelajuan. Memang menyeronokkan.
Kelajuan ini akan menghasilkan kepuasan.
Memecut laju dengan seribu alasan.
Ada yang kata nak cepat pergi kerja.
Ada yang kata urusan penting.
Ada yang suka suka.
Ada juga dalam kecemasan.
Hakikatnya.
Orang muda dan orang tua. Sama sahaja.
Orang muda berlumba lumba dengan kereta sportnya.
Orang tua memecut laju bersama kereta mewahnya.

KOMA

"Papa, sejak bila papa pandu laju ni?" tanya adik kepada papa.
"Shhh diam, jangan ganggu papa memandu." kata mama.